Stanley tarik balik 2.6 juta bekas minuman sebabkan 38 kes melecur

Stanley tarik balik 2.6 juta bekas minuman sebabkan 38 kes melecur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEATTLE: Syarikat pengeluar peralatan minuman terkenal, Stanley, mengeluarkan arahan penarikan balik  2.6 juta cawan keluli tahan karat keluarannya yang menyebabkan puluhan kes kecederaan dan  melecur, menurut kenyataan pihak berkuasa.

Penarikan balik itu melibatkan semua model Stanley Switchback dan Trigger Action yang dijual di Amerika Syarikat (AS) dari Jun 2016 sehingga bulan ini, menurut Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna (CPSC) dalam satu kenyataan.

Cawan tersebut dijual di platform seperti Amazon dan rangkaian peruncitan utama termasuk Walmart, Dick’s Sporting Goods, dan Target.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penarikan itu melibatkan model 350 mililiter (ml) dan 475ml bagi Switchback serta 350ml, 475ml dan 590ml untuk Trigger Action, yang semuanya dihasilkan di China.

Harga jualannya adalah antara AS$20 hingga AS$50 (RM89 hingga RM223).

“Di Stanley 1913, kami komited untuk sentiasa memperbaiki produk dan menghasilkan peralatan berkualiti tinggi yang tahan lama,” kata syarikat itu yang berpangkalan di Seattle.

CPSC memaklumkan Stanley menerima 91 laporan, termasuk 16 dari AS mengenai masalah penutup yang tercabut semasa penggunaan, mengakibatkan 38 kecederaan melecur di seluruh dunia.

Daripada jumlah itu, dua kecederaan berlaku di AS, dengan 11 pengguna di seluruh dunia memerlukan rawatan perubatan.

Stanley menasihatkan pengguna supaya menghubungi syarikat bagi mendapatkan penutup pengganti secara percuma.

Cawan Stanley telah menjadi pilihan utama untuk berjuta-juta pengguna yang ingin memastikan air atau minuman lain sentiasa mudah dibawa di mana syarikat berusia lebih 100 tahun itu kini semakin popular dalam kalangan wanita dan golongan muda, hasil pelbagai rekaan serta warna yang ditawarkan.

Keluaran baharu bekas minuman edisi terhad syarikat itu turut mendapat sambutan hangat pelanggan yang sanggup beratur panjang di luar kedai ketika pelancarannya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN