Penumpang mabuk paksa pesawat mendarat cemas

Penumpang mabuk paksa pesawat mendarat cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU: Sebuah pesawat terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev, Baku selepas seorang penumpang bertindak liar dalam keadaan mabuk dan mengganggu perjalanan penerbangan dari Dubai ke Moscow.

Kejadian mencemaskan itu berlaku apabila penumpang yang dikenali sebagai Roman Pakhomov, 38, dipercayai mabuk sehingga hilang kawalan.

Dia dilaporkan menjerit, menendang anak kapal, mengeluarkan kata-kata kesat kepada penumpang lain, dan cuba memecahkan tingkap pesawat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut saksi, Pakhomov yang bertindak agresif sejak pertengahan penerbangan lima jam itu terpaksa diikat oleh penumpang lain menggunakan tali pinggang keselamatan selepas dia memecahkan gari plastik yang digunakan oleh kru kabin.

“Sebaik pesawat berada di ruang udara, dia menjadi semakin liar dan cuba menumbuk tingkap. Dia akhirnya diikat di tempat duduk menggunakan tali pinggang keselamatan,” kata seorang penumpang yang enggan dikenali.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan Pakhomov menjerit dalam bahasa Russia sambil seorang anak kapal cuba menahannya, manakala beberapa penumpang lain mengikat tangan dan kakinya.

Dalam keadaan yang tegang itu, Pakhomov terus berteriak tanpa henti meskipun telah diikat.

Media Russia melaporkan tindakan agresif Pakhomov berlaku dalam dua fasa, dengan kapten pesawat terpaksa mengeluarkan arahan untuk menggunakan gari plastik.

Namun, kekuatan lelaki itu berjaya mematahkan gari tersebut, menyebabkan tindakan lebih tegas diambil.

Pesawat itu akhirnya mendarat di Baku, di mana Pakhomov diserahkan kepada pihak polis Azerbaijan.

Difahamkan, dia bertindak ganas selepas meminum alkohol yang tidak dikenalpasti dan selepas sedar, Pakhomov dilaporkan tidak mengingati langsung insiden tersebut.

Pendaratan cemas itu menyebabkan pesawat terkandas selama dua jam 45 minit sebelum meneruskan penerbangan ke Moscow dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN