Pembangkang lancar usul kedua gulingkan Suk Yeol

Pembangkang lancar usul kedua gulingkan Suk Yeol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Parti pembangkang utama Korea Selatan memaklumkan akan mencuba sekali lagi untuk menggulingkan Presiden, Yoon Suk Yeol selepas usaha itu gagal semalam.

Polis sudah menahan bekas Menteri Pertahanan, Kim Yong Hyun sementara Menteri Dalam Negeri, Lee Sang Min dilaporkan sudah meletak jawatan.

Kedua-dua mereka bersama Suk Yeol sedang disiasat atas dakwaan pemberontakan berikutan perisytiharan undang-undang tentera yang mengejutkan Korea Selatan masyarakat global malam Selasa lalu.

Suk Yeol terselamat daripada pemecatan dan pendakwaan semalam ketika ribuan penunjuk perasaan mengharungi cuaca sejuk dalam satu lagi malam protes di luar Parlimen untuk menuntut penyingkiran beliau.

Parti pembangkang mencadangkan usul pemecatan itu, yang memerlukan 200 undi di Parlimen yang mempunyai 300 ahli itu untuk diluluskan, tetapi hampir keseluruhan ahli Parti Kuasa Rakyat (PPP) memboikot undian itu menyebabkannya gagal.

Ketua pembangkang utama Parti Demokratik (DP), Lee Jae Myung berkata, mereka akan mencuba lagi pada 14 Disember ini.

“Suk Yeol, punca utama pemberontakan dan rampasan kuasa tentera yang memusnahkan perintah Perlembagaan Korea Selatan, mesti sama ada meletakkan jawatan serta-merta atau dicabar tanpa berlengah-lengah.

“Pada 14 Disember, Parti Demokrat kita akan mendakwa Suk Yeol atas nama rakyat,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×