SEOUL: Parti pembangkang utama Korea Selatan menggesa Presiden, Yoon Suk Yeol meletakkan jawatan serta-merta atau berdepan pemecatan. Gesaan itu dibuat beberapa jam selepas Suk Yeol menamatkan dekri tentera singkat yang mendorong pasukan pertahanan mengepung Parlimen sebelum penggubal undang-undang mengundi untuk membatalkannya. Suk Yeol belum membuat sebarang respons awam segera terhadap tuntutan pembangkang itu. Tetapi pejabatnya berkata, penasihat kanan presiden dan setiausahanya menawarkan untuk meletakkan jawatan secara kolektif dan Suk Yeol…










