LONDON: Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa di England dan Wales untuk menamakan anak lelaki mereka, dengan lebih 4,600 bayi didaftarkan dengan nama itu sepanjang tahun lalu. Muhammad turut dinobat sebagai nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama teratas sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) semalam. Nama itu sebelum ini menjadi antara 10 nama teratas di England dan Wales untuk bayi lelaki sejak 2016.…










