Austria tawar 1,000 euro ‘pujuk’ pelarian Syria pulang

Austria tawar 1,000 euro ‘pujuk’ pelarian Syria pulang

KOMUNITI Syria mengibarkan bendera kumpulan pembebasan ketika meraikan kejatuhan rejim Bashar al-Assad di Vienna, Austria.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Kerajaan Austria yang diterajui konservatif menawarkan bayaran ‘bonus’ sebanyak 1,000 euro (RM4,674) kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara asal mereka selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad.

Canselor Konservatif, Karl Nehammer berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada usaha menghantar pelarian pulang secara sukarela.

Namun katanya, keadaan keselamatan di Syria harus dinilai semula untuk membolehkan pelarian kembali dengan selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Austria akan menyokong rakyat Syria yang ingin pulang ke negara asal mereka dengan memberikan mereka bayaran bonus pulangan. 

“Syria kini memerlukan rakyatnya untuk dibina semula negara,” kata Nehammer dalam siaran bahasa Inggeris di laman X.

Sejak beberapa hari lalu, Austria menghentikan proses permohonan suaka rakyat Syria, sama seperti dilakukan majoriti negara Eropah.

Seperti kebanyakan konservatif di Eropah, Nehammer berada di bawah tekanan dari sayap kanan, dengan kedua-dua kumpulan itu sering kelihatan cuba mengatasi satu sama lain dalam dasar imigresen yang kelihatan sukar.

Rakyat Syria direkodkan sebagai kumpulan pencari suaka terbesar di Austria.

Jumlah sebenar rakyat Syria yang akan menerima tawaran itu masih belum disahkan. 

Dengan syarikat penerbangan kebangsaan Austrian Airlines menggantung penerbangan ke Asia Barat kerana keadaan keselamatan, bayaran bonus itu mungkin tidak meliputi sepenuhnya kos perjalanan.

Tiket sehala kelas ekonomi Turkish Airlines dalam masa sebulan ke Beirut, lokasi permulaan biasa bagi mereka yang menuju ke Damsyik, kini berharga sekurang-kurangnya 1,066 euro (RM4,982).-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN