66 maut kemalangan tragis di selatan Ethiopia

71 maut kemalangan tragis di selatan Ethiopia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADDIS ABABA: Lebih 71 orang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya tragis di selatan Ethiopia, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan semalam.

Biro Kesihatan Wilayah Sidama memaklumkan mengenai insiden itu menerusi hantaran di Facebook.

Jelasnya, sebuah trak dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan terbabas ketika melalui Jambatan Gelana, di Bona Zuria Woreda sebelum terjunam ke dalam air.

Lima penumpang dilaporkan parah sedang menerima rawatan lanjut di hospital berdekatan.

“Lima penumpang yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Besar Bona,” menurut kenyataan itu tanpa memberikan butiran lanjut.

Gambar-gambar kabur yang dikongsikan menunjukkan orang ramai berkumpul di sekitar sebuah kenderaan yang separuh tenggelam di dalam air.

Sebahagian daripada mereka dilihat cuba menarik kenderaan itu keluar.

Gambar lain pula memaparkan mayat-mayat yang ditutup dengan kanvas biru, tersusun di atas tanah.

Biro Kesihatan Wilayah Sidama turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan tersebut dan menyatakan bahawa maklumat lanjut akan dikongsikan apabila diperoleh.

Wilayah Sidama terletak kira-kira 300 kilometer di selatan ibu negara, Addis Ababa. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN