Trump lantik Susie Wiles sebagai Ketua Staf Rumah Putih

Trump lantik Susie Wiles sebagai Ketua Staf Rumah Putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WEST PALM BEACH: Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melantik pengurus kempennya, Susie Wiles sebagai Ketua Staf Rumah Putih.

Pelantikan itu adalah yang pertama ketika Trump bersiap sedia untuk kembali ke Rumah Putih pada 20 Januari ini.

Wiles juga akan menjadi wanita pertama yang berkhidmat sebagai ketua staf Rumah Putih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wiles membantu saya mencapai satu daripada kemenangan politik terbesar dalam sejarah AS dan merupakan sebahagian daripada anggota kempen saya yang berjaya pada 2016 dan 2020.

“Wiles seorang yang tabah, pintar, inovatif dan dikagumi serta dihormati secara universal. Saya tidak ragu-ragu beliau akan membanggakan negara kita,” kata Trump dalam satu kenyataan.

Sebagai pemantau kepada presiden, ketua staf mempunyai pengaruh yang besar.

ADS:D

Wiles kini bertanggungjawab menguruskan kakitangan Rumah Putih, mengatur masa dan jadual presiden selain mengekalkan hubungan dengan jabatan kerajaan serta penggubal undang-undang lain.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN