Samseng bola sepak Israel punca kekecohan di Amsterdam

Samseng bola sepak Israel punca kekecohan di Amsterdam

PEGAWAI polis Belanda berkawal selepas insiden pergaduhan melibatkan penyokong pasukan kelab bola sepak Israel di Amsterdam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Amsterdam mengharamkan demonstrasi selama tiga hari ekoran insiden kekecohan dan pergaduhan melibatkan penyokong bola sepak Israel di bandar itu kelmarin.

Datuk Bandar Femke Halsema mendakwa peminat Maccabi Tel Aviv yang tiba untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Europa menentang pasukan Ajax Amsterdam telah diserang dan dibaling bunga api di sekitar bandar itu.

Polis rusuhan dilaporkan terpaksa campur tangan untuk melindungi penyokong-penyokong kelab bola sepak Israel itu dan mengiringi mereka ke hotel manakala lima lagi dirawat di hospital. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ekoran insiden itu kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menghantar pesawat ke Belanda untuk membawa pulang peminta bola sepak itu.

Malah, Menteri Luar Israel, Gideon Saar turut terbang ke Amsterdam untuk mengadakan pertemuan segera dengan kerajaan dan pemimpin sayap kanan, Geert Wilders bagi membincangkan insiden yang didakwa sebagai serangan antisimetik.

Bagaimanapun, seorang ahli majlis bandaran Amsterdam, Jazie Veldhuyzen mengesahkan penyokong bola sepak Israel yang memulakan provokasi hingga mencetus pergaduhan.

“Pada malam Rabu, kumpulan samseng bola sepak Israel mula menyerang rumah dengan bendera Palestin dan penduduk Amsterdam yang pro-Palestin. Ketika itulah keganasan bermula,” katanya kepada pemberita Anadolu.

Jelasnya, peminat Maccabi Tel Aviv turut melaungkan lagu yang mempersendakan kematian kanak-kanak di Semenanjung Gaza dan menggalakkan tentera Israel untuk memenangi orang Arab.

“Polis hanya campur tangan untuk melindungi samseng Maccabi Tel Aviv apabila penduduk cuba mempertahankan rumah mereka,” katanya.

Lapor Anadolu, ketegangan tercetus apabila penyokong Israel bertelagah dengan penunjuk perasaan pro-Palestin sebelum dan selepas perlawanan Ajax Amsterdam menentang Maccabi Tel Aviv. 

Video tular di media sosial menunjukkan penyokong Maccabi Tel Aviv menurunkan bendera Palestin yang dipasang di sekitar bandar itu dan menyerang pemandu teksi berketurunan Arab.

Video dari luar stadium juga merakam laungan menghasut oleh peminat Maccabi Tel Aviv, seperti ‘Tiada sekolah di Gaza kerana tiada kanak-kanak lagi’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN