Potongan kek perkahwinan Ratu Elizabeth dilelong RM12,499

Potongan kek perkahwinan Ratu Elizabeth dilelong RM12,499

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekeping kek perkahwinan berusia 77 tahun daripada perkahwinan diraja Ratu Elizabeth II dan Putera Philip dijual pada harga 2,200 pound (RM12,499) dalam sesi lelongan di United Kingdom (UK).

Disifatkan sebagai ‘hirisan yang sangat jarang ditemui’ kek itu kekal dipelihara sejak perkahwinan pasangan itu pada 20 November 1947 tetapi ia tidak lagi sesuai untuk dimakan.

Potongan daripada kek setinggi 2.7 meter yang diserahkan kepada 2,000 tetamu itu disimpan dalam pembungkusan asalnya, menampilkan kotak kecil dengan lambang perak Puteri Elizabeth ketika itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Di dalam, kotak itu mengandungi pembalut istimewa yang telah membantu mengekalkan kek selama lebih tujuh dekad.

Kek itu milik Marion Polson, seorang pembantu rumah di Istana HolyroodHouse di Edinburgh, Scotland yang menerimanya sebagai hadiah daripada Istana Buckingham.

Menurut rumah lelong Reeman Dansie, Polson yang berkhidmat dari 1931 hingga 1969 di Istana tersebut menerima kek itu berserta nota ucapan sebagai tanda terima kasih kerana menghadiahkan pasangan itu hidangan pencuci mulut.

Polson dilaporkan meninggal dunia pada 1980-an namun potongan kek buah itu ditemui di dalam beg pakaian di bawah katil di rumahnya di Scotland oleh ahli keluarganya baru-baru ini.

Kek yang awalnya dilelong pada harga 500 pound (RM2,840) itu dijual kepada pembida dari China yang membelinya melalui panggilan telefon.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN