Pengebom maut serangan di Mahkamah Persekutuan Brazil

Pengebom maut serangan di Mahkamah Persekutuan Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Seorang lelaki maut susulan dua letupan yang berlaku berhampiran Mahkamah Persekutuan dan Parlimen Brazil di sini, semalam.

Satu letupan tersebut berlaku di luar Mahkamah Persekutuan, manakala satu lagi di jalan berhampiran Annex 4, bangunan Parlimen, lapor CNN Brazil.

Timbalan Gabenor Daerah Persekutuan, Celina Leao berkata, maklumat awal menunjukkan lelaki itu meletupkan diri dengan bahan letupan selepas cuba memasuki Mahkamah Agung.

Menurut laporan awal, insiden itu adalah serangan berani mati, namun siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis yang sedang menjalankan operasi pemantauan di kawasan berkenaan.

Pihak polis keselamatan persekutuan dikerahkan ke lokasi kejadian, manakala kawasan Plaza Tiga yang menempatkan tiga cabang utama kerajaan Brazil, ditutup untuk orang awam.

Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dilaporkan telah dipindahkan ke tempat yang selamat selepas letupan berkenaan.

Pendakwa Raya Agung, Jorge Messias, mengutuk serangan tersebut dan menyatakan bahawa pihak polis persekutuan akan menjalankan siasatan dengan tegas dan segera.

“Saya mengutuk keras serangan terhadap Mahkamah Persekutuan dan Dewan Perwakilan. Saya turut menyampaikan solidariti saya kepada para hakim dan ahli parlimen. Kita perlu memahami motif di sebalik serangan ini dan mengembalikan keamanan serta keselamatan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan di X.

Peristiwa letupan ini berlaku di Plaza Tiga Kuasa yang juga merupakan lokasi insiden serangan dan demonstrasi besar-besaran pada 8 Januari lalu, apabila penyokong bekas Presiden, Jair Bolsonaro menggeledah kawasan tersebut.

Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan ketegangan terhadap Mahkamah Persekutuan ekoran keputusan-keputusan yang memperluaskan kuasa mahkamah berkenaan dalam menangani isu ekstremisme politik dan ancaman terhadap kestabilan demokrasi.

Sementara sesetengah pihak melihat ini sebagai langkah penting untuk melindungi demokrasi Brazil, ada juga yang mengkritik tindakan tersebut sebagai penyalahgunaan kuasa kehakiman yang bertujuan membatasi suara-suara konservatif.

Tragedi itu mencetuskan isu keselamatan susulan Brazil akan menjadi tuan rumah sidang dihadiri pemimpin 20 kuasa ekonomi utama global, G20, dalam tempoh lima hari lagi di Rio de Janeiro, diikuti lawatan negara Presiden China, Xi Jinping, ke ibu negara, Brasilia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×