Parti haluan kiri menang besar pilihan raya Sri Lanka

Parti haluan kiri menang besar pilihan raya Sri Lanka

PENYOKONG meraikan kemenangan Presiden Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake berhampiran Sekretariat Presiden, selepas majlis angkat sumpah di Colombo.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Presiden Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake dan parti gabungannya, Kuasa Rakyat Kebangsaan (NPP) memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya umum mengejut.

Ini sekali gus memberikan presiden berhaluan kiri itu mandat lebih besar untuk melaksanakan dasar-dasar bagi meringankan beban golongan miskin ketika Sri Lanka berusaha pulih daripada krisis kewangan.

Dissanayake mengambil alih kuasa selepas memenangi pilihan raya Presiden pada September lalu, dengan janji untuk memerangi rasuah dan memulihkan aset negara yang dicuri.

Namun, gabungannya yang berhaluan Marxis, NPP, hanya mempunyai tiga daripada 225 kerusi Parlimen sebelum pilihan raya pada Khamis, mendorongnya membubarkan Parlimen dan mencari mandat baharu.

Dengan sebahagian undi dikira pada Jumaat, NPP jauh mendahului berbanding gabungan pembangkang Samagi Jana Balawegaya (SJB) dengan 62 peratus undi, menurut suruhanjaya pilihan raya negara itu.

Menurut keputusan tersebut, NPP memenangi 123 kerusi Parlimen, yang memberikan gabungan itu majoriti untuk memerintah dan mendahului di semua kecuali satu daripada 22 daerah pilihan raya.

SBJ, diketuai oleh anak kepada bekas Presiden Ranasinghe Premadasa, Sajith Premadasa, memperoleh 31 kerusi.

Ilankai Tamil Arasu Kachchi, yang mewakili etnik minoriti Tamil, mendapat enam kerusi, manakala Barisan Demokratik Baru dan Sri Lanka Podujana Peramuna masing-masing memenangi tiga dan dua kerusi.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×