BEIJING: Salah satu bandar terbesar di China masih berdepan musim panas walaupun sudah pertengahan November, berikutan paras suhu yang tidak menurun untuk menandakan perubahan musim. Menurut perkhidmatan meteorologi tempatan, Guangzhou, sebuah bandar panas dan lembab dengan hampir 19 juta penduduk di wilayah Guangdong, selatan China, memecahkan rekod haba selama tiga dekad. Setakat Rabu lalu, bandar tersebut mengalami 235 hari musim panas, mengatasi musim 234 hari pada tahun 1994. Perkhidmatan meteorologi…









