Mahkamah India larang roboh rumah sebagai hukuman jenayah

Mahkamah India larang roboh rumah sebagai hukuman jenayah

PENUNJUK perasaan mengambil bahagian dalam protes selepas pihak berkuasa India merobohkan rumah aktivis, Afreen Fatima.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Mahkamah Agung India menegaskan pihak berkuasa tidak boleh merobohkan rumah semata-mata kerana seseorang dituduh melakukan jenayah dan menetapkan garis panduan ketat untuk tindakan sedemikian.

Keputusan itu dibuat sebagai tindak balas kepada beberapa petisyen yang menuntut tindakan terhadap pihak berkuasa yang menggunakan perobohan tempat kediaman sebagai langkah hukuman terhadap mereka yang dituduh atau disabitkan dengan jenayah.

“Pihak eksekutif (kerajaan) tidak boleh menjadi hakim dan merobohkan harta benda. 

“Pemandangan menakutkan sebuah jentolak merobohkan bangunan mengingatkan kita kepada keadaan tidak berperaturan di mana kekuasaan mengatasi keadilan,” kata Mahkamah Agung kelmarin.

Mahkamah juga mengarahkan pihak berkuasa memberi masa yang mencukupi kepada individu terjejas untuk mencabar perintah tersebut atau mengosongkan hartanah itu.

Keputusan itu dibuat ketika peningkatan insiden melibatkan pihak berkuasa di beberapa negeri, terutama diperintah oleh Parti Bharatiya Janata (BJP), menggunakan perobohan rumah sebagai alat untuk menghukum mereka yang dituduh melakukan jenayah.

Menurut pemimpin pembangkang dan aktivis, perobohan itu kebanyakannya menyasarkan komuniti orang Islam, terutama selepas insiden keganasan agama atau protes.

BJP menafikan tuduhan tersebut dan ketua menteri negeri-negeri berkenaan mengaitkan tindakan perobohan kediaman dengan pendekatan tegas mereka terhadap perbuatan jenayah.

Dalam sesi pendengaran kelmarin, Mahkamah Agung menggunakan kata-kata tegas untuk mengkritik amalan tersebut.

“Tindakan sewenang-wenangnya seperti ini tidak mempunyai tempat dalam demokrasi berperlembagaan,” kata mahkamah.

Mahkamah kemudian mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan pihak berkuasa memberi notis 15 hari kepada penghuni sebelum hartanah yang didakwa haram dirobohkan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×