Harris 'pujuk' penyokong Demokrat, janji bantu Trump

Harris ‘pujuk’ penyokong Demokrat, janji bantu Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris memberitahu penyokongnya agar jangan berputus asa dan berikrar untuk membantu Donald Trump dengan peralihan kuasa yang aman selepas calon Republikan itu menewaskannya dalam pilihan raya Presiden semalam.

“Saya tahu ramai orang berasa seperti kita sedang memasuki masa gelap, tetapi untuk manfaat kita semua, saya harap tidak begitu,” katanya dalam ucapan pertamanya sejak kalah dalam pilihan raya.

Trump mengukir kemenangan besar dalam lima daripada tujuh negeri medan pertempuran dan kini turut mendahului dalam dua perlawanan terakhir yang belum diumumkan iaitu di Nevada dan Arizona

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Republikan turut menguasai semula Senat AS dan mendahului perlumbaan untuk mengawal Dewan Rakyat, tetapi ia boleh memakan masa beberapa hari lagi sebelum keputusan akhir diumumkan.

Calon Naib Presiden, Tim Walz berdiri di tengah-tengah orang ramai di Universiti Howard, menyaksikan Harris menyampaikan ucapannya disertai oleh ahli keluarganya.

Walz dilihat bertambah emosi apabila ucapan itu diteruskan, dan ditenangkan oleh suami Harris, Doug Emhoff.

ADS:D

“Kepada semua yang menonton, jangan putus asa. Ini bukan masa untuk menurunkan tangan. Ini adalah masa untuk menyingsing lengan,” tambah Harris.

Harris berkata sudah menghubungi Trump mengucapkan tahniah dan berjanji membantu peralihannya tetapi tidak bersedia menerima visinya untuk negara.

“Sementara saya bersetuju dan mengakui tewas dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengaku kalah dalam perjuangan yang menyemarakkan kempen ini,” katanya yang disambut dengan titisan air mata penyokongnya.

“Perjuangan untuk kebebasan, untuk peluang, untuk keadilan dan maruah semua orang akan diteruskan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN