SYDNEY: Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud menggegarkan pantai timur Papua New Guinea, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Menurut USGS, gempa itu sedalam 51 kilometer dan terletak 123.2 kilometer dari bandar terdekat Kokopo. Pusat Bencana Kebangsaan Papua New Guinea berkata, pihaknya sedang menilai kerosakan. Seorang penyambut tetamu hotel di Kokopo, Vernon Gash, memberitahu AFP, gempa bumi itu agak kuat dan berlarutan kurang seminit. “Kami sudah biasa, ia berlaku sepanjang masa,”…










