MADRID: Ribuan penduduk di wilayah Costa del Sol, selatan Sepanyol, terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka selepas hujan lebat dan banjir besar melanda kawasan itu. Pejabat Cuaca Kebangsaan Sepanyol (Aemet) mengeluarkan amaran tertinggi bagi wilayah Malaga dan Catalonia di timur laut yang dijangka terus dilanda hujan lebat sehingga Jumaat. Kawasan Malaga, termasuk destinasi pelancongan popular seperti Marbella, Velez dan Estepona, dijangka menerima kesan teruk daripada fenomena cuaca ekstrem yang dikenali sebagai…










