ABUJA: Seramai 29 remaja berkemungkinan menghadapi hukuman mati di Nigeria selepas didakwa pada Jumaat kerana menyertai protes terhadap krisis kos sara hidup yang tinggi di negara tersebut. Empat daripada mereka pengsan di mahkamah akibat keletihan sebelum sempat mengemukakan pengakuan. Sebanyak 76 penunjuk perasaan didakwa dengan 10 pertuduhan jenayah, termasuk pengkhianatan, pemusnahan harta benda, gangguan awam, dan pemberontakan, menurut senarai pertuduhan yang dilihat oleh The Associated Press. Mengikut senarai pertuduhan tersebut,…










