Trem tergelincir rempuh kedai, empat cedera

Trem tergelincir rempuh kedai, empat cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Sebuah trem tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah kedai di tengah bandar Oslo semalam, mencederakan empat orang.

Gambar yang diterbitkan di media Norway menunjukkan bahagian hadapan trem biru itu terperosok jauh ke dalam Eplehuset, sebuah kedai yang menjual produk Apple.

Menurut polis, terdapat 20 orang di dalam trem ketika kejadian berlaku.

“Kami menerima laporan bahawa empat orang cedera, termasuk konduktor,” katanya.

Pasukan kecemasan memberikan rawatan kepada mangsa di lokasi dan tiada kecederaan serius yang dilaporkan.

Menurut pegawai polis yang bertugas di tempat kejadian, trem yang dioperasikan oleh pihak berkuasa pengangkutan Sporveien tergelincir ketika ia sedang membelok ke kiri di Storgata, salah satu jalan utama di ibu kota Norway itu.

“Sebaliknya, trem itu terus meluncur lurus dan merempuh kedai,” katanya kepada Reuters.

Kejadian itu mencetuskan tindakan pantas daripada pasukan penyelamat, yang segera menutup kawasan tersebut.

Bangunan berkenaan turut dikosongkan untuk pemeriksaan lanjut bagi memastikan ia tidak mengalami kerosakan struktur.

Seorang jurucakap pengendali trem Sporveien berkata, masih terlalu awal untuk menentukan punca kemalangan itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×