Taiwan berjaga-jaga siri tembakan peluru berpandu di China

Taiwan berjaga-jaga siri tembakan peluru berpandu di China

PELANCARAN peluru berpandu balistik oleh China dilihat dalam imej yang dikeluarkan oleh PLA.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIWAN: Taiwan diletak dalam keadaan berjaga-jaga ekoran siri tembakan peluru berpandu di China, beberapa hari selepas Beijing mendakwa berjaya melaksanakan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) pertamanya. 

Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan semalam, pihaknya mengesan beberapa tembakan peluru berpandu bermula pukul 6.50 pagi kelmarin (waktu tempatan) di wilayah Inner Mongolia, Gansu, Qinghai dan Xinjiang, yang terletak kira-kira 2,000 kilometer dari Taiwan. 

Kementerian itu menjelaskan, latihan tersebut dilakukan Pasukan Roket China dan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA).

“Tentera Taiwan memantau rapi perkembangan terbaharu ini dan pasukan tentera udara diletak dalam keadaan berjaga-jaga,” jelas kenyataan berkenaan.

Kementerian Pertahanan China bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi berhubung perkara tersebut.

Taipei sering memantau aktiviti ketenteraan yang dilaksanakan di dalam wilayah China, namun jarang mengeluarkan kenyataan berkaitannya.

Khamis lalu, Kementerian Pertahanan Taiwan meningkatkan amaran susulan aktiviti China berhampiran perairannya dan latihan ketenteraan dengan menuduh Beijing sengaja menimbulkan provokasi.

Tentera China menyatakan, aktiviti terbabit dilakukan mengikut undang-undang dan akan meneruskannya.

Sehari sebelum itu, China mendakwa berjaya melaksanakan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua ke Lautan Pasifik. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×