Rakyat Russia promosi konsep 'childfree' boleh didenda 

Rakyat Russia promosi konsep ‘childfree’ boleh didenda 

ORANG ramai berjalan di bandar Moscow di Russia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Warganegara Russia yang enggan mempunyai anak dan mempromosikan konsep bebas anak atau childfree boleh didenda, dalam usaha meningkatkan populasi di negara ini.

Menurut satu rang undang-undang yang diusulkan di Parlimen, individu yang enggan memiliki anak atau mempromosikan konsep bebas anak boleh didenda sebanyak 400,000 Ruble (RM17,625), sementara mereka yang berpangkat pegawai boleh didenda sejumlah 806,333 Ruble (RM33,526).

Jelas rang undang-undang itu, sekiranya entiti syarikat menggalakkan konsep bebas anak, mereka boleh didenda 5 juta Ruble (RM220,323).

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun undang-undang itu mengecualikan individu yang tertakluk kepada fahaman agama seperti paderi, biarawati atau individu yang menghidap sakit kronik.

Mangsa rogol yang mengalami trauma untuk mengandung dan mempunyai anak, turut dikecualikan.

Pengerusi Dewan Rendah Parlimen, Vyacheslav Volodin berkata, rang undang-undang itu bertujuan memupuk nilai tradisi kekeluargaan berbanding penurunan kadar kelahiran dan kematian anggota tentera di medan tempur di Ukraine.

“Akhir-akhir ini, wujud komuniti mempromosikan konsep bebas anak, sekali gus menunjukkan rasa kurang hormat kepada individu yang memilih untuk menjadi ibu dan ayah.

“Mereka turut memandang serong keluarga yang memiliki ramai anak,” katanya.

Tambah beliau, rang undang-undang baharu itu turut melibatkan hantaran di laman sosial, Internet, media tradisional seperti akhbar, televisyen dan radio serta buku, filem dan iklan. 

Sementara itu, jurucakap Presiden Vladimir Putin, Dmitry Peskov, menyokong usul berkenaan dengan menyifatkan penurunan kadar kelahiran di Russia sebagai membawa bencana kepada masa depan negara ini. 

“Meningkatkan kadar kelahiran menjadi fokus utama kerajaan,” jelas beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN