Gelombang kedua pelarian Rohingya mendarat di Indonesia

Gelombang kedua pelarian Rohingya mendarat di Indonesia

SEBUAH bot yang membawa pelarian Rohingya mendarat di pantai Labuhan Haji di wilayah Aceh Selatan.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kira-kira 146 etnik Rohingya termasuk kanak-kanak, mendarat di pantai wilayah Sumatera Utara, Indonesia kelmarin, dalam gelombang ketibaan kedua ke negara itu dalam tempoh seminggu.

Ketua Polis Wilayah, Raphael Sandhy berkata, sebuah bot yang membawa kumpulan pelarian Rohingya melibatkan 64 lelaki, 62 wanita dan 20 kanak-kanak mendarat di kawasan Deli Serdang di Sumatera Utara pada awal pagi Khamis.

“Rohingya berenang dari bot untuk sampai ke pantai. Kesemua mereka terselamat dan berada dalam keadaan baik,” kata Raphael sambil memberitahu mereka kini ditempatkan di pejabat pentadbiran tempatan.

Ketibaan itu berlaku selepas sebuah bot lain yang turut membawa kira-kira 150 pelarian Rohingya, terkandas di wilayah Aceh selama seminggu berikutan penduduk tempatan enggan membenarkan ia mendarat.

Bot tersebut, yang tiba di perairan pada 17 Oktober, akhirnya dibenarkan mendarat pada Khamis selepas rayuan daripada Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) kepada kerajaan Indonesia.

Dari Oktober hingga April, ramai etnik Rohingya meninggalkan Myanmar menaiki bot usang menuju ke Thailand, Indonesia, Malaysia dan Bangladesh.

Lebih 2,300 pelarian Rohingya tiba di Indonesia tahun lepas, melebihi jumlah keseluruhan kedatangan dalam empat tahun sebelumnya, menurut data UNHCR.

Bagaimanapun, mereka berdepan penentangan yang semakin meningkat di Indonesia apabila penduduk tempatan kecewa dengan jumlah kedatangan tersebut.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×