JIUQUAN: Tiga angkasawan China termasuk seorang jurutera penerbangan wanita negara itu berlepas ke Stesen Angkasa Tiangong awal pagi ini. Misi Shenzhou-19 yang bermula pada pukul 4.27 pagi (waktu tempatan) dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China akan menyaksikan kru melaksanakan eksperimen penting dengan matlamat menghantar manusia ke Bulan menjelang 2030 serta membina pangkalan di sana, lapor agensi berita Xinhua dan CCTV. Antara kru tersebut ialah Wang Haoze, 34,…










