Britain tolak bayar pampasan perdagangan hamba

Britain tolak bayar pampasan perdagangan hamba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APIA, SAMOA: Canselor Britain, Rachel Reeves menegaskan kerajaan negara itu tidak akan membayar sebarang pampasan kepada negara-negara Komanwel atas penglibatan Britain dalam perdagangan hamba merentas Atlantik.

Kenyataan beliau dibuat ketika pemimpin-pemimpin Komanwel dilaporkan bersedia untuk mengadakan perbincangan mendalam mengenai isu tersebut, yang mungkin menyaksikan tuntutan berjuta-juta pound dikenakan terhadap Britain.

Tambah Rachel, beliau memahami mengapa permintaan tersebut dibuat, tetapi tetap menegaskan kerajaan Britain tidak akan melaksanakannya.

“Kami tidak akan membayar pampasan seperti yang dituntut oleh sesetengah negara,” katanya ketika ditemubual oleh BBC.

Pemimpin Komanwel dijangka tetap bertegas untuk membincangkan cara memperoleh pampasan bagi perhambaan sejarah di sidang kemuncak itu.

Namun, Downing Street menegaskan isu tersebut tidak termasuk dalam agenda rasmi sidang kemuncak yang melibatkan 56 negara Komanwel.

Raja Charles turut hadir di Samoa untuk lawatan rasmi selama empat hari dan dijadualkan membuka sidang kemuncak serta menggesa kerjasama dalam menangani ancaman perubahan iklim yang memberi impak kepada negara-negara Komanwel.

Dalam persiapan sidang kemuncak ini, gesaan daripada pemimpin-pemimpin Komanwel untuk Britain memohon maaf dan membayar pampasan bagi peranannya dalam perdagangan hamba semakin meningkat.

Menurut satu laporan yang disokong oleh hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Patrick Robinson, Britain didakwa berhutang lebih daripada 18 trilion pound (RM101 trilion) bagi perhambaan di 14 negara Caribbean.

Kebanyakan negara Caribbean yang hadir di sidang ini berharap perbincangan mengenai keadilan reparatif dapat dimulakan, meskipun terdapat keengganan dari Britain untuk mengakui isu tersebut secara rasmi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN