Boeing kurangkan 17,000 pekerja, tunda pengeluaran jet 777X

Boeing kurangkan 17,000 pekerja, tunda pengeluaran jet 777X

PAPAN tanda mogok diletak di luar kilang Boeing di Renton, Washington di AS.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARLINGTON COUNTY: Syarikat Boeing mengumumkan akan mengurangkan 17,000 tenaga kerja globalnya dan terpaksa menangguhkan penghantaran pertama jet 777X selama setahun.

Keputusan tersebut diumumkan selepas syarikat pengeluar pesawat itu merekodkan kerugian berjumlah AS$5 bilion (RM21.43 bilion) pada suku ketiga selain bergelut dengan mogok kakitangannya yang berlarutan selama sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Kelly Ortberg berkata, pengurangan pekerja dilakukan berikutan realiti semasa kewangan syarikat selepas mogok berterusan oleh 33,000 pekerja di pantai barat AS menyebabkan pengeluaran jet terlaris 737 MAX, 767 dan 777 terhenti.

“Kami menetapkan semula tahap tenaga kerja kami yang sejajar dengan realiti kewangan kami dan kepada set keutamaan yang lebih fokus. 

“Dalam beberapa bulan akan datang, kami merancang untuk mengurangkan saiz jumlah tenaga kerja kami sebanyak kira-kira 10 peratus. Pengurangan ini termasuk jawatan eksekutif, pengurus dan pekerja,” katanya.

Pelancaran model baharu jet 777X awalnya dijadualkan pada 2025 namun kini akan ditangguhkan ke 2026 dan syarikat itu turut merancang menghentikan pengeluaran versi kargo pesawat 767 menjelang 2027 selepas memenuhi tempahan semasa.

Agensi penarafan S&P menganggarkan mogok melibatkan pengendali mesin itu menjejaskan kewangan Boeing sehingga A$1 bilion (RM4.28 bilion) sebulan dan syarikat itu berisiko kehilangan penarafan kredit gred pelaburannya yang amat penting. 

Walaupun dua hari rundingan minggu ini, tiada kesepakatan dicapai dan Boeing sudah memfailkan pertuduhan amalan buruh yang tidak adil terhadap Persatuan Pakar Mesin dan Pekerja Aeroangkasa Antarabangsa.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN