BUENOS AIRES: Bekas penyanyi kumpulan One Direction, Liam Payne ditemui mati di luar sebuah hotel di Buenos Aires selepas terjatuh dari balkoni biliknya di tingkat tiga, lapor polis Argentina. Dalam satu kenyataan, polis ibu negara berkata, mereka menerima panggilan kecemasan dari hotel di kawasan kejiranan Palermo selepas dimaklumkan tentang seorang lelaki agresif yang mungkin berada di bawah kesan dadah dan alkohol. Pengurus hotel itu berkata, dia mendengar bunyi yang kuat…