BANGKOK: Kementerian Luar Thailand memperkenalkan Visa Destinasi Thailand (DTV) dalam usaha menarik warga asing untuk mengembara ke negara ini sambil bekerja secara jarak jauh. Dalam pengumuman inisiatif itu kelmarin, Menteri Luar, Maris Sangiampongsa berkata, DTV direka untuk memenuhi keperluan golongan ‘nomad digital’ yang ingin tinggal lebih lama di Thailand. Katanya, dengan bekerja dari Thailand, pelancong asing dapat menyumbang kepada ekonomi tempatan menerusi perbelanjaan harian, hotel dan kawasan tarikan pelancong. “DTV…










