Israel sengaja 'halalkan' serangan terhadap Gaza

Israel sengaja ‘halalkan’ serangan terhadap Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK CITY: Pertubuhan hak asasi manusia Israel, B’Tselem menuduh rejim Zionis menggunakan trauma yang kononnya dialami penduduknya untuk menghalalkan serangan berterusan terhadap Gaza dalam usaha mengukuhkan kawalan di seluruh wilayah tersebut.

Pengarah B’Tselem, Yuli Novak berkata, alasan berkenaan membolehkan tentera Israel melakukan jenayah perang hampir setiap hari di Gaza.

“Israel mengusir penduduk awam Palestin, mengakibatkan mereka kebuluran, melakukan pembunuhan dan kemusnahan dalam skala yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan ini melebihi sekadar balas dendam,” katanya seperti lapor Arab News. 

Novak berkata demikian semasa mesyuarat kecemasan pertubuhannya dengan Algeria sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan di Tebing Barat dan krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza.

Beliau turut menuduh pihak berkuasa Israel mengejar agenda ideologi yang direka untuk menjadikan Gaza tidak boleh didiami oleh rakyat Palestin.

“Dengan mengusir rakyat Palestin dari seluruh kawasan dan memindahkan jutaan orang, Israel sedang meletakkan asas untuk kawalan jangka panjang di Gaza yang boleh membawa kepada penubuhan semula penempatan Israel di sana dan di Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur,” kata Novak.

Tambah beliau, sejak Oktober tahun lalu, tentera rejim telah membunuh 640 rakyat Palestin di Tebing Barat termasuk 140 kanak-kanak.

“Tentera Israel telah mengusir 19 komuniti Palestin dari rumah mereka dan baru-baru ini melancarkan operasi besar-besaran untuk merosakkan infrastruktur di utara Tebing Barat,” ujarnya.

Novak, dalam pada itu, berkata, komuniti antarabangsa gagal menghentikan dasar jenayah Israel terhadap orang awam di Gaza yang kini turut merebak ke Tebing Barat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×