Bekas pekerja Harrods jadi mangsa gangguan seksual - Utusan Malaysia

Bekas pekerja Harrods jadi mangsa gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemilik gedung terkemuka Harrods, Mohamed Al Fayed didakwa melakukan gangguan seksual terhadap bekas pekerja wanitanya selepas memaksa mangsa melakukan pemeriksaan kesihatan atau diugut jika enggan melakukannya.

Peguam, Maria Mulla memaklumkan, setelah pekerja wanita dipilih untuk jawatan seperti setiausaha atau pembantu peribadi, mereka akan menjalani pemeriksaan perubatan termasuk saringan serviks dan ovari.

“Mangsa diberitahu saringan kesihatan itu dilakukan bagi memastikan mereka benar-benar sihat,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menambah, pekerja diugut jika mereka cuba mengadu tentang salah laku tersebut.

Harrods dalam reaksinya menyatakan sangat terkejut dengan tuduhan berkenaan.

“Ini adalah tindakan individu yang berniat menyalahgunakan kuasanya. Kami mengakui gagal melindungi mangsa ketika itu. Kami mohon maaf,” jelas Harrods dalam satu kenyataan.

Al Fayed menjual Harrods kepada keluarga diraja Qatar dalam satu perjanjian yang dilaporkan bernilai sekitar 1.5 bilion pound (RM8.4 bilion) pada tahun 2010.

Semalam, Harrods mengemukakan permohonan maaf susulan pendedahan salah laku seksual dan rogol oleh lebih 20 bekas pekerja wanita oleh jutawan berkenaan di London, Paris, St Tropez dan Abu Dhabi.

Al Fayed yang juga seorang ahli perniagaan berasal dari Mesir meninggal dunia tahun lalu pada usia 94 tahun.

Menurut dokumentari BBC yang disiarkan semalam, Harrods didakwa gagal campur tangan malah membantu menutup dakwaan penderaan yang berlaku ketika Al Fayed menerajui gedung itu antara 1985 hingga 2010. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN