Israel ikrar bunuh Yahya Sinwar - Utusan Malaysia

Israel ikrar bunuh Yahya Sinwar

YAHYA Sinwar (tengah) melambai tangan kepada penyokongnya semasa perhimpunan sempena ulang tahun ke-35 Hamas di Gaza, pada 14 Disember 2022.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Israel berikrar untuk menghapuskan Ketua Biro Politik Baharu Hamas, Yahya Sinwar sebagai langkah ‘mempertahankan diri’ susulan pelantikan beliau bagi menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Teheran, Iran. 

Bercakap di hadapan kadet baharu di sebuah pangkalan tentera di sini, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata, Israel ‘bertekad’ untuk mempertahankan diri.

“Kami bersedia dari segi pertahanan dan serangan,” katanya seperti laporan Arab News. 

Yahya dilantik mengetuai kumpulan pejuang Hamas ketika rejim Zionis itu bersiap sedia terhadap sebarang tindakan balas Iran atas pembunuhan Ismail minggu lalu.

Israel mendakwa Yahya adalah komander yang mengarahkan serangan 7 Oktober hingga menimbulkan ketegangan serantau, ketika perang Gaza memasuki bulan ke-11.

Dalam pada itu, ketua tentera, Leftenan Jeneral Herzi Halevi, turut berikrar untuk memburu Yahya, menyerangnya dan memaksa Hamas mencari pemimpin lain.

Pemimpin Hamas itu tidak pernah dilihat di Gaza sejak 2017. 

Penganalisis yakin Yahya yang dilihat lebih cenderung memilih perjuangan berbanding perdamaian, tidak akan bersetuju dengan gencatan senjata di Gaza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN