KYIV: Serangan Russia terhadap kemudahan tenaga di Ukraine menyebabkan 100,000 orang terputus bekalan elektrik di wilayah barat Sumy. Menurut Ukrenergo, syarikat tenaga nasional, kerja pemulihan bekalan sedang dijalankan selepas serangan yang menyebabkan penutupan kecemasan kepada pengguna di bandar dan wilayah Sumy, bersempadan dengan Russia. Tiada laporan kematian atau kerosakan selain kemudahan tenaga itu, lapor Reuters. Russia terus memusnahkan kemudahan tenaga di seluruh Ukraine, mengheret negara itu ke dalam keadaan tanpa…










