Wanita kulit hitam kecewa dihalang jadi calon pilihan raya

Wanita kulit hitam kecewa dihalang jadi calon pilihan raya

DIANE ABBOTT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ahli Parlimen wanita kulit hitam pertama Britain, Diane Abbott kecewa selepas Parti Buruh dilaporkan cuba menghalangnya sebagai calon pilihan raya berikutan komen yang dibuat lebih setahun lalu mengenai Yahudi dan perkauman.

Abbott, 70, adalah ahli Parlimen kulit hitam paling lama berkhidmat di Britain selepas dipilih pada 1987 dan menjadi tokoh utama sayap kiri Buruh melalui kempennya dalam isu-isu seperti perkauman, kemiskinan dan hal ehwal antarabangsa.

Beliau digantung kerja oleh Parti Buruh tahun lalu selepas mengatakan orang Yahudi tidak menghadapi perkauman sepanjang hidup mereka. 

Abbott kemudian berkata sudah kembali bertugas tetapi akhbar Times melaporkan beliau akan dihalang daripada bertanding di daerah timur laut London pada pilihan raya parlimen Britain 4 Julai depan.

“Saya sangat kecewa kerana banyak laporan mencadangkan saya sudah dihalang sebagai calon,” katanya di laman X.

Pemimpin Parti Buruh, Keir Starmer berkata, tiada keputusan muktamad diambil setakat ini berhubung isu sama ada Abbott boleh menjadi calon pilihan raya atau tidak.

Starmer berusaha membersihkan Parti Buruh daripada beberapa ahli sayap kiri dan menangani dakwaan antisemitisme selepas badan pemerhati persamaan Britain menuduh mereka melakukan diskriminasi terhadap orang Yahudi di bawah pendahulunya, Jeremy Corbyn.

Corbyn yang mengetuai parti itu dari 2015 hingga 2020 turut dihalang daripada bertanding untuk Buruh, menyebabkan beliau memilih bertanding sebagai calon bebas.

Menurut tinjauan pendapat, tindakan menghalang Abbott daripada bertanding boleh menimbulkan kemarahan beberapa pengundi kulit hitam yang secara tradisinya mengundi untuk Parti Buruh.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN