Jerman rancang wajibkan lelaki 18 tahun sertai tentera

Jerman rancang wajibkan lelaki 18 tahun sertai tentera

BORIS PISTORIUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Jerman dilaporkan bakal mengembalikan kerahan tenaga untuk semua remaja berusia 18 tahun di tengah-tengah kebimbangan perang antara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Russia.

Perancang ketenteraan sedang membincangkan tiga pelan berpotensi, dua daripadanya melibatkan tahun ketenteraan wajib untuk semua lelaki apabila mereka mencapai umur 18 tahun.

Lapor The Sunday Telegraph, pegawai sedang dalam peringkat akhir perbincangan dengan Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius dijangka mengumumkan rancangan rasmi tersebut bulan depan.

“Dalam satu cadangan yang sedang dipertimbangkan tentera di Berlin, wanita akan turut dikenakan kerahan tenaga sebaik sahaja mereka mencapai umur 18 tahun yang memerlukan perubahan dalam  perlembagaan negara.

“Pilihan ketiga yang sedang dipertimbangkan pula mengelakkan kerahan tenaga, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha mengoptimumkan sistem ketenteraan semasa melalui kempen pengambilan yang lebih proaktif,” kata laporan itu.

Pistorius, semasa lawatan ke Washington minggu lalu berkata, beliau yakin bahawa Jerman memerlukan satu bentuk kerahan tentera.

Beliau juga sebelum ini menyifatkan keputusan negara menggantung perkhidmatan ketenteraan wajib pada 2011 sebagai satu kesilapan.

Berita mengenai rancangan kerahan tenaga itu dilaporkan beberapa hari selepas Presiden Russia, Vladimir Putin mengisytiharkan pasukan nuklearnya berada dalam kesiapsiagaan tempur sepenuhnya sebagai persediaan menghadapi perang global.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN