Ireland akan iktiraf negara Palestin - Utusan Malaysia

Ireland akan iktiraf negara Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Ireland akan mengiktiraf negara Palestin menjelang hujung Mei ini, kata Menteri Luarnya, Micheal Martin semalam tanpa memberikan sebarang tarikh khusus.

Martin berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan pada dasarnya untuk mengiktiraf negara Palestin jika ia dapat membantu dalam proses perdamaian di Asia Barat.

“Kami akan mengiktiraf negara Palestin menjelang hujung bulan ini,” kata Martin yang juga Timbalan Perdana Menteri Ireland kepada stesen radio Newstalk.

Mac lalu, pemimpin Sepanyol, Ireland, Slovenia dan Malta bersepakat menerusi kenyataan tentang kesediaan untuk mengiktiraf negara Palestin.

Namun, perang Israel terhadap kumpulan pejuang Hamas di Gaza memberikan landskap baharu kepada isu itu.

Minggu lalu, Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Josep Borrell berkata, Sepanyol, Ireland dan Slovenia merancang untuk secara simbolik mengiktiraf negara Palestin pada 21 Mei, dengan negara-negara lain dijangka ikut serta.

“Tarikhnya belum ditentukan kerana kami masih berunding dengan beberapa negara berhubung pengiktirafan bersama negara Palestin.

“Ia akan menjadi realiti dalam beberapa hari akan datang, dan tentu sekali sebelum hujung bulan ini.

“Saya mengalu-alukan rundingan ini dengan beberapa menteri luar berhubung perincian khusus terakhir ini,” katanya. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya