Bonza gantung perkhidmatan, ratusan penumpang terkandas

Bonza gantung perkhidmatan, ratusan penumpang terkandas

SYARIKAT penerbangan Bonza menggantung perkhidmatan akibat masalah kewangan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Ratusan pelancong di Australia terkandas selepas syarikat penerbangan tambang rendah Bonza secara mengejut mengumumkan menggantung perkhidmatannya.

Syarikat penerbangan terbaharu Australia yang mempunyai enam pesawat dicat dengan warna ungu itu dilaporkan menghadapi masalah kewangan yang teruk.

Dalam satu kenyataan yang dibuat kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Bonza, Tim Jordan berkata, syarikat itu kini sedang berada di bawah pentadbiran sukarela dan perbincangan sedang dijalankan mengenai daya tahan perniagaan tersebut.

“Kami memohon maaf kepada pelanggan kami yang terkesan dengan perkara ini,” tambahnya dipetik CNN.

Menteri Pengangkutan Australia, Catherine King memberitahu pemberita, beliau sudah bercakap dengan wakil dari Bonza dan menggesa mereka untuk segera memaklumkan penumpang tentang masalah itu.

“Kami menyatakan dengan sangat jelas kepada Bonza supaya memaklumkan kepada penumpang tentang pilihan yang ada dan perubahan yang sedang dibuat serta menghormati hak pengguna mereka.

“Tumpuan kami pada masa ini adalah untuk membantu penumpang Australia yang terkandas pada penghujung cuti sekolah ini,” kata King.

Bonza dilancarkan dengan sambutan hangat pada Januari 2023, menggunakan slogan ‘Di Sini untuk Allstralia’ dengan mengkhususkan penerbangan ke destinasi terpencil seperti Launceston di Tasmania dan Gladstone di Queensland.

Syarikat penerbangan Qantas, Virgin Australia serta Jetstar dilaporkan menawarkan tiket percuma kepada penumpang Bonza yang terjejas dan meminta mereka menghubungi talian hotline segera untuk mendapatkan bantuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN