Arab Saudi latih 100,000 petugas jemaah haji

Arab Saudi latih 100,000 petugas jemaah haji

PEKERJA mengeringkan air hujan di kawasan lantai mataf Masjidil Haram di Mekah.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, dengan kerjasama Universiti Umm Al-Qura Makkah, melancarkan inisiatif baharu bagi memperkasa dan meningkatkan kemahiran pekerja yang berkhidmat untuk jemaah haji dan umrah serta pelawat di negara itu.

Program diberi nama Inisiatif Rafid Al-Haramain itu melibatkan usaha melatih lebih 100,000 pekerja dalam sektor awam, swasta dan bukan keuntungan.

Lapor Arab News, setiap peserta akan dilatih untuk memastikan perkhidmatan yang mereka tawarkan berkualiti tinggi dan meninggalkan kesan positif yang berpanjangan kepada pelawat di Arab Saudi.

Empat program latihan lengkap tersebut turut merangkumi penjagaan untuk Dua Masjid Suci dan pengunjungnya.

“Pelatih akan mendapat manfaat daripada kepakaran terbaik tempatan dan antarabangsa.

“Mereka yang berminat boleh mengisi borang permohonan secara atas talian,” lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN