TANAH DATAR: Angka kematian akibat banjir kilat dan aliran lava sejuk dari gunung berapi di barat Indonesia meningkat kepada 43 dengan 15 lagi dilaporkan masih hilang. Hujan lebat berterusan selama berjam-jam menyebabkan batuan gunung berapi besar menggelungsur ke dua daerah di pulau Sumatera ketika banjir menenggelamkan puluhan jalan raya, rumah dan masjid. “Jumlah kematian akibat banjir aliran lahar sejuk di wilayah Sumatera Barat mencecah 43 orang,” kata jurucakap Agensi Mitigasi…










