Wanita alami love brain, taksub teman lelaki

Wanita alami love brain, telefon kekasih 100 kali sehari

XIAOYU menghubungi teman lelakinya lebih 100 kali sehari.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang wanita berusia 18 tahun di China dimasukkan ke hospital selepas didiagnos dengan masalah Iove brain gara-gara menunjukkan tingkah laku taasub terhadap teman lelakinya.

Menurut The South China Morning Post, doktor percaya wanita yang hanya dikenali sebagai Xiaoyu, mungkin mengalami gangguan personaliti sempadan.

Tingkah laku Xiaoyu dikatakan bermula semasa tahun pertamanya di universiti tempatan selepas dia menjadi terlalu bergantung dengan teman lelakinya dan sentiasa ingin berkomunikasi atau mengetahui di mana dia berada.

Xiaoyu malah menghubungi lelaki itu lebih 100 kali sehari dan mula merosakkan barangan di rumahnya, bertindak agresif dan mencederakan dirinya jika panggilannya tidak dijawab.

Kerana bimbang dengan keselamatannya, lelaki itu menghubungi polis dan pegawai tiba tepat ketika Xiaoyu mengancam untuk melompat dari balkoni kediaman mereka. 

Pakar Perubatan, Dr. Du Na menjelaskan, walaupun bukan istilah perubatan, diagnosis Love Brain digunakan secara meluas untuk menggambarkan jenis tingkah laku obsesif dalam hubungan romantis.

Katanya, masalah itu kadangkala boleh berlaku bersama keadaan lain seperti kebimbangan, kemurungan dan gangguan bipolar. 

“Gangguan personaliti seperti ini sering berlaku kepada individu yang tidak mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa mereka semasa zaman kanak-kanak.

“Walaupun sesetengah kes ringan mungkin bertambah baik dengan teknik pengurusan emosi, masalah dialami Xiaoyu dilihat agak teruk dan memerlukan bantuan perubatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN