Saintis Sweden temukan ubat baharu tangani rintangan antibiotik

Saintis Sweden temukan ubat baharu tangani rintangan antibiotik

PASUKAN saintis Sweden menemukan ubat baharu untuk membunuh kuman yang tahan antibiotik.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Pasukan saintis Sweden menemukan kelas ubat baharu yang kuat untuk memerangi peningkatan global dalam rintangan mikrob terhadap antibiotik.

Pasukan di Universiti Uppsala berjaya menemukan keluarga antibiotik baharu untuk melawan bakteria yang tahan pelbagai ubat, dengan ujian sintetik menunjukkan ia berkesan terhadap jangkitan aliran darah pada tikus.

Para penyelidik memperincikan kelas sebatian yang tidak pernah digunakan sebelum ini untuk menyasarkan laluan protein beberapa bakteria Gram-negatif yang berdaya tahan terhadap antibiotik seperti E-coli dan pneumoniae.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan bakteria dengan lapisan dipanggil LpxH sebagai bahan paling penting untuk membangunkan terapi baharu memerangi rintangan antibiotik.

“Para penyelidik dapat menunjukkan kelas antibiotik baharu mereka sangat aktif terhadap bakteria sedemikian.

“Ini berbeza dengan banyak antibiotik kelas sedia ada yang sedang dalam pembangunan klinikal. 

“Walaupun keputusan semasa sangat meyakinkan, terdapat banyak kerja tambahan yang diperlukan sebelum sebatian kelas ini bersedia untuk ujian klinikal,” jelas kajian itu.

Usaha yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Scientists itu dihasilkan berikutan peningkatan rintangan terhadap antibiotik yang mengancam keupayaan merawat atau mencegah jangkitan bakteria dalam setiap bidang perubatan termasuk onkologi dan  pembedahan. 

Diketuai bersama oleh GlaxoSmithKline, projek tujuh tahun itu disokong oleh industri akademik dan syarikat farmaseutikal Kesatuan Eropah (EU), yang dibiayai melalui program Inisiatif Ubat Inovatif.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN