Penduduk Taiwan kembali jalani rutin harian selepas gempa kuat

Penduduk Taiwan kembali jalani rutin harian selepas gempa kuat

ORANG ramai berjalan melepasi restoran mi yang rosak di kawasan Pasar Malam Shida di Taipei.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Penduduk di Taiwan kembali menjalankan rutin dan aktiviti harian mereka di celah-celah bangunan yang runtuh dan hampir menyembah bumi selepas bandar itu dilanda gempa bumi terburuk dalam tempoh 25 tahun kelmarin.

Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang melanda kawasan perairan destinasi pelancongan  popular Hualien di timur Taiwan mengorbankan sembilan orang dan mencederakan lebih 1,000 yang lain.

Pada tahun 1999, gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda tengah Taiwan pada tengah malam, membunuh lebih 2,400 orang.

Saluran berita TV tempatan menyiarkan rakaman mengerikan bangunan runtuh di Hualien, dengan laporan orang ramai, termasuk seorang budak lelaki terperangkap di dalam struktur selama berjam-jam sebelum ditarik keluar.

Tanah runtuh besar-besaran juga tercetus di seluruh pergunungan Hualien dengan klip video tular menunjukkan bencana itu menyebabkan kepulan asap tebal di langit.

Pintu keluar terowong utama di lebuh raya menuju ke Hualien dilaporkan disekat oleh batu besar yang jatuh dari pergunungan sekitarnya.

Kerosakan akibat gempa bumi di wilayah Taipei bagaimanapun terkawal kerana strukturnya dibina untuk menahan gempa bumi yang besar.

Ketika kakitangan hotel sibuk membersihkan serpihan tetamu di lobi dilihat menghirup teh dan berbual dengan gembira.

Stesen metro di pusat bandar sesak selepas waktu pejabat ketika pekerja bergegas untuk memulakan percutian mereka.

Restoran periuk panas turut ditempah sepenuhnya sejak semalam dan barisan panjang dilihat di luar kedai karaoke.

Lapor wartawan Straits Times Singapura, Yip Wai Yee, penduduk dilihat tenang meneruskan aktiviti harian mereka selepas berdepan bencana alam mengejutkan itu. 

“Pagi tadi set televisyen saya hampir jatuh. Saya mengemas apartmen saya dan kini bersedia untuk mula bekerja,” kata pemandu teksi Taipei, Wu Ming-da.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN