WASHINGTON: Pakej bantuan asing diluluskan Kongres Amerika Syarikat (AS) selepas tertangguh selama beberapa bulan, membuka jalan untuk pembiayaan baharu berbilion dolar kepada Ukraine di tengah-tengah kemajuan pasukan Russia dan kekurangan bekalan tentera Kyiv. Senat meluluskan empat rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Perwakilan Sabtu lalu, selepas pemimpin Republikan secara tiba-tiba beralih arah minggu lalu dan membenarkan undian dana AS$95 bilion (RM453.87 bilion) bagi bantuan ketenteraan untuk Ukraine, Israel dan Taiwan…










