JAKARTA: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mendedahkan kerugian material akibat gempa bumi berukuran 6.2 magnitud di Kabupaten Garut, Jawa Barat, meningkat. Lapor Kompas, berdasarkan laporan Pusat Kawalan dan Operasi BNPB (Pusdalops), jumlah rumah yang terjejas mencecah 110 unit daripada sebelumnya hanya 27 unit setakat semalam. Perincian berdasarkan tahap kerosakan termasuk tiga buah rumah rosak teruk, 21 unit rumah rosak sederhana, 34 unit rumah rosak sedikit, 11 unit rumah terjejas dan…










