Burung tiru bunyi siren polis

Burung tiru bunyi siren polis

SEEKOR burung hitam di atas pohon di kawasan parkir di Bicester dikesan meniru bunyi siren polis.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Beberapa anggota polis di England terkejut selepas menemukan seekor burung yang mampu meniru bunyi siren kenderaan mereka.

Polis Thames Valley berkata, kakitangan pada mulanya menyangka kenderaan mereka mengalami kerosakan selepas mendengar bunyi bising di pangkalan polis jalan raya di Bicester.

Sebuah video yang dirakam di kawasan tempat letak kereta di Oxfordshire dan disiarkan di media sosial menunjukkan burung itu berkicauan di atas pokok sebelum mereplikasi bunyi siren dalam dua nada.

“Dari kejauhan kami dapat mendengar bunyi samar-samar seperti bunyi siren polis dan kerana kami membaiki banyak kereta polis di sini, awalnya saya fikir ia mungkin datang dari salah satu kenderaan yang rosak.

“Bunyi yang dibuat burung itu 100 peratus nyata dan bukan jenaka April Fools hingga berjaya memperdaya dan membuat pegawai kami keliru.

“Pasti burung kecil itu sudah lama bertenggek dan memerhatikan kenderaan kami dari pokok berhampiran hingga boleh mencipta semula bunyi siren  itu,” kata Pegawai Polis Thames Valeey, Simon Hills.

Pengguna media sosial membuat spekulasi bahawa burung berwarna hitam itu mungkin seekor jalak jantan yang terkenal dengan kebolehannya meniru bunyi buatan manusia.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN