Budak enam tahun selamatkan keluarga selepas rumah terbakar

Budak enam tahun selamatkan keluarga selepas rumah terbakar

OLIVIA Patterson (kanan) memasuki rumahnya yang terbakar untuk menyelamatkan ibu dan dua adiknya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun berjaya menyelamatkan nyawa keluarganya ketika rumah mereka hangus dijilat api dalam insiden kebakaran di kawasan kediaman berkembar di United Kingdom.

Lapor Metro UK, kebakaran bermula di hartanah bersebelahan di perkampungan Ricall di North Yorkshire, 4 April lalu.  

Api cepat merebak ke tingkat atas rumah tiga bilik itu dan memusnahkan hampir semua harta benda.

Olivia Patterson berada di seberang jalan, bermain dengan seorang rakannya apabila secara kebetulan dia melihat api marak dari bumbung rumahnya.

Walaupun jiran lain berada di luar, tiada seorang pun terfikir untuk memaklumkan keluarga itu kerana tiada kereta pada tempat parkir dan menyangka mereka belum pulang ke rumah.

Kanak-kanak itu kemudian berlari masuk ke dalam rumah dan mendapati ibunya, Laura, 29, tertidur di atas sofa bersama adik-adiknya, Joel James yang berusia satu tahun dan dan Tiffany, 2. 

Olivia kemudian menjerit mengejutkan ketiga-tiga ahli keluarganya itu dan mereka sempat keluar dengan selamat  tanpa sebarang kecederaan hasil tindakan pantasnya.

Nenek Olivia, Sadie Gelder, 54, berkata, dia sangat bangga dengan cucunya itu yang diketahui mempunyai masalah Gangguan Hiperaktif Defisit Perhatian (ADHD).

“Kami sangat bangga dengannya. Dia mempunyai ADHD dan kami seakan tidak percaya mendengar Olivia yang membantu membawa Laura dan dua adiknya keluar selepas berani  berlari masuk ke dalam rumah yang terbakar,” katanya.

Siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada pengecas telefon dan Gelder berkata, Olivia dan keluarganya kini tinggal di rumah tumpangan Airbnb kerana kehilangan hampir segala-galanya dalam kebakaran itu.

Bekas rakan sekerja Laura membantu memuat naik halaman mengumpul dana untuk keluarga tersebut dan ramai jiran tetangga menghantar bantuan katil, selimut dan keperluan lain kepada mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN