WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pertuduhan jenayah dan sekatan terhadap empat warga Iran berhubung kempen serangan siber sejak beberapa tahun lalu yang didakwa menyasarkan lebih 12 syarikat di negara itu. Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Negara AS berkata, sekatan juga diumumkan terhadap dua syarikat, Mehrsam Andisheh Saz Nik dan Dadeh Afzar Arman yang menggaji defendan individu dan syarikat berkaitan Pengawal Revolusi Iran (IRG). Pendakwa raya persekutuan di Manhattan berkata, sasaran…