Wanita mirip Britney Spears jana pendapatan 20,000 pound setahun

Wanita mirip Britney Spears jana pendapatan 20,000 pound setahun 

ALLEGRA DuVal membuat penampilan seperti Britney Spears. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) yang dikatakan memiliki wajah seiras Britney Spears mampu menjana pendapatan sebanyak 20,000 pound (RM120,386) setahun apabila membuat penampilan seperti penyanyi terkenal itu.  

Lapor Mirror, Allegra DuVal, 35, dari Virginia meraih pendapatan sampingan tersebut dengan hanya berdandan dan berlakon sebagai penyanyi popular itu.    

Menurut Allegra, dia sering dibandingkan dengan bintang pop itu sepanjang hidupnya sehingga rakan-rakannya juga menggelarnya menggunakan nama `Britney’.

Katanya, kira-kira tiga tahun lalu, dia menerima persamaannya dan mula mempelajari semua perkataan, rutin tarian serta lagu popular Britney untuk berpenampilan seperti penyanyi pop itu.

Kini, Allegra kerap menerima tempahan dari seluruh AS dan mengenakan bayaran sekitar 2,300 pound (RM13,844) untuk persembahan satu malam termasuk kos perjalanannya.

Allegra dikatakan pernah membuat persembahan untuk artis Nelly, Deadmau5, David Guetta dan Skrillex di kelab malam dan beberapa festival.

“Walaupun dia tidak menyanyikan lagu Britney, orang ramai tetap menyukai persembahannya termasuk koreografi tarian yang serupa dan penukaran sepantas kilat 26 kostum buatan tangan,” jelas laporan.

Dilaporkan, pendapatan utama Allegra adalah membuat persembahan berpenampilan seperti Britney yang mampu menjana sebanyak 20,000 pound setahun.

Selain itu, dia juga meraih pendapatan tambahan dengan membuat kandungan media sosial seperti video tajaan, kerjasama jenama dan strim `live’ di TikTok. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN