Wanita berbual dengan arwah ibu guna AI

Wanita berbual dengan arwah ibu guna AI

SIRINE Malas (kiri) dan gambarnya ketika kanak-kanak bersama Najah.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang wanita di Jerman mendapat perhatian media selepas mengakui berbual dengan ibunya yang sudah meninggal dunia menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Selepas empat tahun bergelut untuk mengatasi kesedihan berikutan kematian ibunya, Najah pada 2018 akibat masalah buah pinggang, pelakon, Sirine Malas beralih kepada Projek Disember, alat AI yang mendakwa boleh ‘meniru orang mati’.

Lapor Sky News, perisian itu meminta pengguna mengisi borang dalam talian ringkas dengan maklumat tentang orang tersayang yang sudah meninggal dunia termasuk umur mereka, hubungan dengan pengguna dan petikan daripada individu tersebut.

Respon tersebut kemudian dimasukkan ke dalam chatbot AI yang dikuasakan oleh GPT2 OpenAI, versi awal model bahasa ChatGPT yang menjana profil berdasarkan ingatan pengguna terhadap si mati.

Dengan kos AS$10 (RM47.38), pengguna boleh menghantar mesej kepada chatbot selama kira-kira sejam.

Bagi Sirine, keputusan berbual dengan chatbot tersebut membantu dia merasa dekat dengan ibunya, tetapi wanita itu memberi amaran kepada orang yang berduka agar berhati-hati menggunakannya.

“Ada saat-saat yang saya rasa sangat nyata tetapi ada juga saat di mana saya fikir sesiapa sahaja boleh menjawabnya dengan cara itu. Ia sangat berguna dan sangat moden namun saya sangat berhati-hati untuk tidak terlalu terperangkap dengannya.

“Saya dapat melihat orang mudah ketagih menggunakannya, kecewa dengannya, mahu mempercayainya sehingga ia boleh menukar keadaan mereka menjadi lebih buruk.

“Saya tidak akan mengesyorkan pengguna lain untuk terlalu terikat dengan sesuatu seperti itu kerana ia boleh membahayakan emosi mereka dan mengganggu proses semula jadi untuk menerima kenyataan tentang kehilangan orang tersayang,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN