Rumah paling sempit dibina sebab dendam - Utusan Malaysia

Rumah paling sempit dibina sebab dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALERMO: Sebuah rumah di kawasan perkampungan Sicily, Pertalia Sottana, Itali mungkin boleh memegang rekod sebagai rumah paling sempit di dunia. 

Rumah dua tingkat dengan hanya selebar satu meter di bahagian atas dikenali sebagai Casa du Currivu (rumah dendam). Kediaman yang mempunyai tingkap dan tangga itu sebenarnya tidak berpenghuni.   

Ruang dalamannya tidak cukup lebar untuk dua individu berselisih antara satu sama lain, apatah lagi tinggal di dalamnya sepenuh masa. 

Bangunan yang kelihatan nipis itu dikatakan hanya direka untuk menghalang pandangan tingkap jiran sebelah. 

Walaupun kisahnya hampir dilupakan, rumah pelik ini dipercayai dibina sekitar 1950, susulan pertengkaran antara dua jiran. 

Ketika zaman itu, ia bukanlah perkara luar biasa bagi pemilik kediaman membina rumah secara menegak. Mereka hanya perlu mendapatkan persetujuan jiran sebelah sahaja. 

Bagaimanapun, dalam kes ini, pemilik rumah gagal mendapatkan persetujuan jirannya, membuatkan dirinya nekad meneruskan pembinaan rumah itu sebagai tujuan balas dendam. 

Kini, Casa du Currivu merupakan antara bangunan paling popular dan menjadi tarikan pelancong di Sicily.-AGENSI    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN