Rakyat Switzerland sokong tambah pencen bulan ke-13

Rakyat Switzerland sokong tambah pencen bulan ke-13

PENYOKONG meraikan keputusan pungutan suara di Bern. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERN: Penduduk Switzerland mengundi menyokong cadangan menambah  pencen sebulan lagi pada setiap tahun kepada golongan tua di negara itu.

Pungutan suara yang diadakan di seluruh negara itu memberi fokus terhadap taraf hidup golongan berkenaan.

Sebelum ini, kerajaan memberi amaran bahawa cadangan pencen bulanan ke-13 itu akan menjadi terlalu mahal untuk dibayar.

Namun, hampir 60 peratus penduduk mengundi menyokong cadangan itu dalam pungutan suara yang diadakan semalam.

Selain itu, kira-kira 75 peratus pengundi pula menolak cadangan meningkatkan had umur persaraan daripada 65 tahun kepada 66 tahun.

Bayaran maksimum pencen bulanan negeri adalah sebanyak 2,550 Swiss franc (RM13,655) yang mana ramai menganggap tidak mencukupi untuk hidup di Switzerland. 

Kos sara hidup di Switzerland terutamanya di bandar seperti Zurich dan Geneva adalah tertinggi di dunia.

Cadangan untuk menambah bayaran pencen dikemukakan oleh kesatuan sekerja, namun ditentang oleh kerajaan Switzerland, Parlimen dan pemimpin perniagaan yang menegaskan ia tidak berpatutan.      

Langkah itu menyelaraskan pencen negeri dengan sistem gaji di Switzerland yang mana pencen dibayar secara ansuran sebanyak 13 kali.  

Sementara itu, persatuan memperjuangkan hak pesara Switzerland, Avivo menyifatkan keputusan tersebut sebagai `kemenangan bersejarah’ untuk golongan pesara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN