Pusat hiburan Bogor ditutup sepanjang Ramadan

Pusat hiburan Bogor ditutup sepanjang Ramadan

BIMA ARYA SUGIARTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOR: Datuk Bandar Bogor, Dr Bima Arya Sugiarto, mengarahkan semua kelab malam, kelab karaoke dan pusat urut di bandar Jawa Barat ditutup sepanjang Ramadan sebagai tanda menghormati umat Islam yang berpuasa.

Bima berkata, pentadbiran Bogor akan menguatkuasakan perintah itu sepanjang bulan puasa dengan mengerahkan rondaan pegawai ketenteraman awam, kakitangan agensi berkaitan dan ketua mukim lain.

Tambahnya, Bogor turut bercadang untuk mendapatkan bantuan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Negara bagi menguatkuasakan larangan itu.

“Ini adalah tradisi tahunan dan kami mahu semua orang menghormatinya. Semua tempat hiburan malam harus ditutup. Tiada yang terkecuali,” katanya dipetik The Jakarta Post.

Dalam pada itu, beliau berkata, pegawai ketenteraman awam juga akan mengawasi sebarang perarakan dan konvoi berkenderaan semasa sahur kerana ia boleh menimbulkan masalah keselamatan di kawasan perumahan.

Menerusi laporan Tempo.Co, masjid-masjid di bawah kelolaan pemerintah kota diminta menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa untuk musafir dan fakir miskin.

Justeru, pemerintah kota Bogor turut menyeru penduduk setempat yang ingin turut serta menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa supaya menyelaraskannya dengan Dewan Masjid Indonesia (DMI) Bogor.

Penjualan dan pembakaran mercun juga dilarang pada bulan puasa dan pada Malam Takbiran atau menjelang Aidilfitri manakala pemilik restoran serta gerai makan diminta menghormati umat Islam yang berpuasa.

Pemerintah Indonesia mengisytiharkan Ramadan 2024 bermula pada 12 Mac.

Bagaimanapun, beberapa pertubuhan agama, termasuk pertubuhan Islam kedua terbesar, Muhammadiyah memberitahu ahlinya supaya mula berpuasa pada 11 Mac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×